Tuesday, February 19, 2008

Kenapa perkataan bahasa Melayu panjang-panjang?

Link berkaitan :
http://more-dear.com/ (Untuk menghantar anak/jagaan/pelajar/diri mengikuti bengkel-bengkel mengasah minda matematik dan sains menerusi kaedah Mokhdar) http://www.kelabdarians.blogspot.com/ (Senarai & catatan individu yang berhijrah jadi lebih baik / mencatat kejayaan cemerlang setelah amalkan kaedah Mokhdar) http://mokhtarhjmansor.blogspot.com/ (Kisah suka duka Mokhtar Hj Mansor memperjuangkan penemuan beliau kerana melihat bukti yang amat jelas bahawa penemuan ini, sekiranya natijahnya dilaksanakan, akan meletakkan bangsa dan negara menjadi antara bangsa dan negara paling maju jika tidak pun yang paling maju). http://www.revolusibahasa.blogspot.com/ (kaitan di antara sebutan perkataan yang panjang dengan kelambatan Melayu dalam pelbagai perkara) http://www.revolusiniaga.blogspot.com/ (berbicara tentang kaitan di antara perkataan yang panjang dengan kegagalan Melayu dalam perniagaan) http://www.fihrasat.blogspot.com/ (menceritakan pengalaman-pengalaman Mokhtar bermain dengan angka di dalam kaedah Mokhdar). e-mail : mokhtarhjmansor@gmail.com atau mokhtar@more-dear.com Alamat pejabat : No 23 & 25 (Gr to 2nd Floor), Jln Pusat BCH 1/3, Bandar Country Homes, 48000 Rawang. Tel : 03-60935815; 019-2605162; 017-6521730. "DEMI KEMAJUAN BANGSA DAN BAHASA MELAYU YANG TERCINTA, BAHASA MELAYU HENDAKLAH DIJADIKAN SEMAKIN PADAT DAN BUKANNYA SEMAKIN LOMPONG. INI BERERTI, UNGKAPAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PADAT DAN PERKATAAN DI DALAM BAHASA MELAYU HENDAKLAH JADI SEMAKIN PENDEK DAN BUKANNYA MAKIN PANJANG"
Jika melawat http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu, pembaca mesti tertarik dengan catatan berikut :

Dialek Pahang - Pahang kaya dengan pelbagai jenis dialek daerah yang dituturkan di daerah-daerah di mana Sungai Pahang mengalir:- Hulu Sungai Pahang : Dialek Jerantut, Lipis, Bentong dan Raub (dituturkan dengan cepat dari segi kelajuan percakapan). Pertengahan Sungai Pahang : Dialek Temerloh (dituturkan secara sederhana dari segi kelajuan percakapan). Hilir Sungai Pahang : Dialek Chenor dan Pekan (dituturkan dengan perlahan dari segi kelajuan percakapan).

Mungkin catatan di atas atas sepatutnya ditulis seperti berikut : "Pelbagai jenis dialek daerah yang ditutur di Pahang mempunyai kaitan yang amat rapat dengan laju perlahan air yang mengalir. Dialek Jerantut, Lipis, Bentong dan Raub dituturkan dengan cepat dari segi kelajuan percakapan. Dialek Temerloh yang terletak di tengah antara hulu dan hilir Sungai Pahang ditutur secara sederhana dari segi kelajuan percakapan. Dialek Chenor dan Pekan yang terletak di hilir Sungai Pahang dituturkan dengan perlahan dari segi kelajuan percakapan".
Bagi memberi gambaran tentang gaya pertuturan menurut dialek di tiga tempat di Pahang tersebut, berikut ialah contoh gaya sebutan bagi perkataan kucing. Orang-orang Jerantut menyebut 'kucing' dengan sebutan seakan-akan 'kcing' - di mana vokal 'u' tidak jelas sama sekali. Orang-orang di Temerloh menyebutnya sebagai 'kuciang' manakala orang-orang di Pekan pula menyebutnya sebagai 'kuciaangg'.

Catatan di Wikipedia tidak menerangkan menyatakan kenapa dialek bahasa-bahasa di Pahang amat dipengaruhi oleh kelajuan air mengalir.
Pada tahun 1994, seorang guru besar memberitahu saya tentang satu kajian yang dibuat oleh seorang mahasiswa Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) tentang dialek bahasa di Pahang. Saya gagal mengesan manuskrip yang disebut oleh guru besar tersebut, bagaimanapun, teks tersebut melaporkan tentang dialek bahasa di Pahang yang sememangnya dipengaruhi oleh laju atau perlahan arus air di tempat dialek berkenaan di tutur - lebih laju arus air, lebih lajulah gaya pertuturan di dalam dialek berkenaan. Apa yang diberitahu oleh guru besar tersebut saya umumkan di Radio Satu dalam siri temuramah dengan saya mengenai kaedah Mokhdar yang berjalan selama beberapa bulan, dan saya memberi pandangan kenapa hal tersebut terjadi, sebagaimana yang saya nyatakan berikut.
Kenapa dialek-dialek bahasa di negeri Pahang begitu dipengaruhi oleh laju perlahan air mengalir? Jawapannya ialah, pendek atau panjang gaya pertuturan, banyak atau sedikit jumlah suku kata yang menjadi perkataan yang kerap digunakan di dalam sesuatu bahasa, semuanya bergantung kepada faktor survival di sesuatu tempat, kawasan, negara atau persekitaran di mana kelompok sesuatu masyarakat berada.

Di negeri Pahang, sebelum era modernisasi, atau di zaman pra-penjajahan British dulu, sebahagian besar daripada kehidupan penduduk amat bergantung kepada sungai. Sungailah yang menjadi sumber air bagi pengairan tanaman, sungailah yang menjadi antara tempat utama mencari mencari sumber protin, dan sungai jugalah yang menjadi satu-satunya jalan yang menghubungkan bandar atau penempatan-penempatan penting. Jalan air merupakan jalan yang paling 'pantas' dan selamat untuk berkunjung ke tempat-tempat lain. Sebab itu bandar-bandar penting tumbuh dan berkembang pesat di pinggir-pinggir sungai.
Berbeza dengan penggunaan perahu atau tongkang di laut, orang-orang yang berakit atau bersampan di sungai Pahang, sama ada dengan tujuan untuk menangkap ikan, menyeberang ke seberang atau bergerak dari satu ke satu tempat, terpaksa menggunakan tulang empat kerat sebagai tenaga untuk menggerakkan sampan atau rakit (di laut atau di sungai-sungai yang lebarnya bagai sebuah lautan - contohnya Sungai Amazon yang lebarnya lebih kurang 11 kilometer pada musim kering dan mencapai 45 kilometer pada musim hujan - layar boleh digunakan untuk menggerakkan perahu atau kapal).
Oleh kerana air di hulu lebih laju, orang-orang yang berada di dalam perahu atau rakit perlu bekerja keras dan bercakap pantas ketika berkayuh kerana jika bercakap lambat, koordinasi pergerakan pengayuh di tangan setiap pengayuh menjadi lebih lemah dan ini boleh menyebabkan sampan hanyut. Begitu juga ketika mereka berada di dalam air sama ada untuk tujuan mandi manda, menjala atau memukat ikan. Air yang laju memerlukan mereka bercakap pantas untuk mengkoordinasikan pergerakan mereka, jika lambat dan tersalah langkah, peralatan atau pukat mereka malah diri mereka mungkin bakal dihanyutkan air.
Di Termeloh pula, oleh kerana airnya tidak selaju di Jerantut, pendayung masih boleh berhubung dengan pace yang lebih perlahan walaupun tidak seperlahan di Pekan, di mana perjalanan para pengguna sampan atau rakit adalah amat mudah di mana mereka menghulu ketika air pasang, menghilir ketika air surut dan menyeberang ketika air mati. Oleh itu, berbanding dengan penduduk di hulu atau di tengah, penduduk di hilir tidak perlu bekerja keras dan tidak perlu berkomunikasi pantas ketika berada di dalam sampan atau rakit, atau berada di dalam air untuk tujuan-tujuan lain.

Ini menyebabkan mereka tidak perlu bercakap pantas dan tidak perlu mengejar masa, dengan itu perkataan dan gaya pertuturan mereka menjadi lebih panjang dibanding dengan orang di hulu atau di tengah. Oleh kerana sungai memainkan peranan yang amat penting yang mempengaruhi survival penduduk pada zaman dahulu, gaya pertuturan di sungai mempengaruhi gaya pertuturan setiap penduduk. Sebab itu penduduk di kawasan yang air sungainya bergerak perlahan, mereka juga bercakap dengan pace yang perlahan dan penduduk di kawasan yang air sungainya bergerak laju, mereka juga bercakap dengan pace yang laju selaju arus sungai di kawasan mereka.

No comments: